Thursday, February 24, 2011

ketam pedas bertelur


resepi hari ini

4 ekor ketam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
8 tangkai lada kering
air asam jawa
6 sudubesar sos cili
air
2 biji telur (pukul)
garam, gula

1. bersihkan ketam. blender bawang dan halia. tumis hingga wangi.
2. masukkan lada kering (kisar gak). dan air asam jawa. tumis hingga naik minyak.
3. masukkan air asam jawa dan ketam
4. masukkan sos cili dan tambah air hingga tenggelam paras ketam
5.tutup periuk
6. bila ketam masak, masukkan gula dan garam. kacau
7.masukkan telur. gaul.siap

Tuesday, February 22, 2011

diobserve dan mengobserve

alhamdulillah... baru selesai kena observe dgn guru kanan. ingatkan dia nak bagi markah cemerlang. ekekekekeh....(berangan lak)! tapi kalau tengok persediaan aku tadi pun tak ler sesempurna mana. cukup lah tu dapat baik jer....
lagipun kelas tingkatan 4 TM (teknologi maklumat) memanglah agak slow pencapaian pelajarnya,cuma suara depa yg sentiasa tinggi....tapi respon depa tadi memang baik. apa pun, lega sebab telah selesai dipantau. hehe...tak payah fikir teruk2. almaklumlah, GK pun, hari ni nak observe, hari ni baru cakap. lebih kurang sejam sebelum aku masuk kelas, mana tak terkejut badak nya aku ni...
aku rasa kesihatan aku agak kurang baik lah lately... perut aku selalu rasa pedih. takkan gastrik kot... berdasarkan simptom yg aku check kat internet ni nampaknya, alhamdulillah lagi.... satu pun tak kena. HARAP2 akan sihat walafiat selalu. amiin....

Wednesday, February 16, 2011

Monday, February 14, 2011

SIPU RETAK SERIBU


hmm.. maulud nabi ni takde sambutan pulak. maklumlak sekolah jenis kebangsaan cina. cuma di sekolah pasti anakku ada membuat perarakan. tapi kami tak pun ikut serta. last, last, ke market utk beli ikan.maka resipi hari ni, lala masak cabai dan siakap tiga rasa my version. haha...

RESEPI LALA(SIPUT RETAK SERIBU) MASAK CABAI
Lala 1kg
Lada hidup 4 batang
halia 1/2 inci
bawang besar 1biji
daun kunyit 2 helai
serai 2 batang
caranya: blender sahaja lada hidup dan bawang besar. panaskan minyak, tumis sekejap bhn blender tadi, then masuk serai, halia dan kemudian masukkan lala(telah direndam dgn air garam 10 minit). tutup kuali tu sat sampai semua lala ternganga. then taburkan daun kunyit yang dirincik halus, garam dan gula dan kacau buat seketika. then, siap....

selamat mencuba!


makanan pencegah kanser

pagi tadi sejurus selepas perhimpunan ada ceramah dari MAKNA (Majlis Kanser Nasional atau web nya http://www.makna.org.my). jadi menurut penceramah tu, antara makanan pencegah kanser ialah brokoli (elok dimakan mentah atau dibuat jus, aku pun tak pasti macammana rasanya), tomato dan tapai ubi... tak sangka pulak tapai ubi berkhasiat sampai boleh mengelakkan kanser.

dan antara makanan penyebab kanser ialah ayam (terdapat hormon tumbesaran dalam setiap ayam yg dijual di pasaran), ikan (peniaga meletakkan bahan kimia pengawet mayat bagi memastikan ikan kelihatan sentiasa segar) dan sayur (bahan kimia yg banyak digunakan sebagai racun perosak). hmm..nampaknya apa pun kita tak boleh makan lah! hehe... jadi, as a solution, kenalah beli ikan fresh dari pukat (macam kat tempat aku ni di kuala kedah, memang mudah dapat. maklumlah tempat ikan naik) dan sayuran pula, kena rendam dgn air garam more than 5 minutes. ayam pulak... kenalah beli dari HPA (promote pulak) sebab setahu aku, ayam HPA ni ayam organik yg tidak diberi sebarang suntikan dan diurus dgn cara halalan toyyiban dan ayam depa diperdengarkan dgn ayat Al-Quran (yang ini kata orang, aku pun tak tau kesahihannya).

Thursday, February 3, 2011

i'm not a SUPERWOMAN


Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah. Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan 71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami, anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Masa untuk diri dan Bersama Kawan

Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.
Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Oleh: Dr. Sabitha Marican
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my