aku punya menu lak, nasi goreng ala mamak. aku tengok mamak tu masak, punya lah sempoi, tapi sedap.
bawang shallot (merah yg kecik tu) - 4 biji -rincik jer
bawang putih ( seulas) - rincik jugak
tomato- setengah biji-potong kecik2
tiga benda ni, korang tumis sampai wangi.
pastu, masukkan ikan bilis, sayur sawi, dan cabai melaka potong kecik2. goreng sat...
pastu pecahkan telur sebiji, kacau lagi sampai berkelentang bunyi kuali. lagi kuat lagi sedap. hehe...
bila telur masak, masukkan nasi anggaran 2 cawan. kacau
masukkan kicap cair @ garam, chicken stock sikit, gula sikit. siap!
selamat mencuba.
sorrylah beb, gambar tak dan nak upload, kerja byk la ni...
-kalau korang nak tambah udang, sotong atau ayam atau daging pun orait jer, masukkan selepas korang tumis bawang lah... tambah air sikit, takut kuali kering sangat...
ReplyDelete