Saturday, January 29, 2011

GURU MELAYU DI SEKOLAH CINA


assalamualaikum dan salam sejahtera....
hampir setahun aku di mengajar di sekolah cina, sedangkan penempatan pertama ku di sekolah agama. terasa asing?? taklah.. padaku, biasa jer walau di mana kita berada.. bak kata orang 'masuk kandang kambing mengembek'...
tapi, p kot mana pun, mestilah ada sedikit perbezaan dgn pertadbiran. suka??ada yang pro dan cons..
profession keguruan tetap di kena jaga. 'apa yg kami janji, tunai tetap kami tunaikan', rasanya penulis lirik lagu ni, benar2 hebat. dapat ke pahala kalau mengajar budak cina?at least, aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru tanpa mengira agama dan bangsa. Rasullullah dulu pun masa berdakwah, tak kira agama pun kan?mengajar juga satu dakwah.jadi kenapa ada cikgu melayu yang 'tipikal' tak dapat menerima kenyataan ini??
keikhlasan mengajar ku rasanya lebih teruji bila berada di sekolah ni. ya lah, kata sesetengah rakan guru 'kenapa nak memandaikan anak cina', tapi pada aku, guru melayu yang mengajar dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas lebih dihormati oleh pelajar, lebih dari guru bangsa cina. ini aku dah buktikan... dan terus terang aku katakan yang 'i'm proud to be a teacher'.
istilah 'bangsa' tidak menjadi hal, sebenarnya sejauh mana kita faham dgn istilah sebenar seorang yang 'menjadi' guru bukannya 'terjadi' guru.

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu,
    Saya tgh consider nak register nak lelaki saya untuk masuk SJKC (next year dia dah 5 tahun). Boleh tak cikgu advise sikit mcmana proses dia and apa pandangan cikgu? Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. proses:
    1.biasanya ada banner depan sekolah yg memaklumkan pendaftaran bermula bila. kalau tidak ada, cik boleh pergi ke sekolah yang encik nak, dan tanya pentadbiran sekolah bila boleh mula daftar.
    2.anak encik (5 tahun) memang layak daftar untuk darjah 1 dah.
    3.then hantar anak encik ke tadika cina dulu untuk basic bahasa cina lah.
    4.pendapat saya:bagus kalau dapat belajar mengikut cara 'org cina' ni. lebih disiplin! tapi satu masalah sahaja, makanan! tiada makanan halal disediakan.(dari tadika, sek rendah dan sek menengah), so parents kena hantar makanan sendiri atau 'tapau' dari rumah!

    ReplyDelete