Saturday, November 26, 2011

SOALAN RAMALAN KIMIA 2011


akhirnya, inilah topik ramalan yang penting yang mesti diberi tumpuan. (kalau tak keluar, jgn marah ya... ramalan saya sahaja ni...tak semestinya betul)hehe....

Paper 2
1.soap
2.periodic table + particles arrangement
3.acid & bases - role of water
4. rate of reaction
5. heat of combustion
6.redox : Fe2+ change to Fe 3+
7.chemical bond M P of ionic and covalent compound, conductivity of electron
8. electrolysis
9.salt - crystallization, cation &anion test
10.carbon compound-alcohol,carboxylic acid,ester, preparation alcohol,carboxylic acid

paper 3
1.naphtalene
2.rusting
3.cont variation method
4.heat of combustion
5.preparation soluble salt

Monday, October 24, 2011

spm Vs cuti sekolah

salam...
lama tak menulis. bukannya tak der isu, tapi tak dan nak membuka blog dan menulis. ni pun gara2 soalan final year exam tertinggal dalam kereta... (hubby bwk kereta jumpa gang dia). adalah masa nak tengok2 blog, sambil melayan filem nujum pak belalang... dah boleh hafal dialognya. kalau tutup sound, boleh sebutlah dialognya. hehe...

spm pun tak lama lagi. sekolah pula sibuk dok perabih kerja sebelum cuti. aku pun sibuk cari customer pengantin, maklumlkah nak cuti sekolah tak lama lagi. dari perabih duit berjalan sana sini, baik cari job tambahan, cuti2 dapat ler duit lebih... rezeki anak2...


Saturday, September 24, 2011

Monday, August 8, 2011

nikon D90 atau panasonic video camera????

dah masuk hari ke sembilan umat Islam berpuasa di Malaysia. alhamdulillah.... rasanya setiap hari makin cepat masa berlalu. yg syoknya apabila semalam PM kita telah membuat pengumuman bonus setengah bulan gaji. WOW!!!
oklah, last year dapat rm500 jer. tahun ni ada jugak bonus. ingat kan dah tak mau bagi dah... almaklumlah, kata ekonomi tak ok. hmmm... nak buat apa dengan duit ni ya?
kalau beli second camera pun ok gak kan?

kamera nikon D90 ke video camera? yg mana ok ya.... hmmm... pening dah...

Saturday, July 16, 2011

ramadhan...hadirmu ku nanti, pemergian mu ku tangisi...


bersama-samalah kita membuat persiapan menghadapi ramadhan kerana pahala itu dinilai bukan hanya semasa ramadhan tetapi bermula sebelumnya dan berakhir sesudahnya...
assalamualaikum... lama tidak bersua

hujan-hujan dan musim sejuk tak lama lagi bakal berganti dengan musim panas dan penuh ujian, itulah ramadhan namanya. teringat ketika di sik dulu, bila musim sejuk, hmm... di toilet tu, pasti ada haiwan kecik yang panjang badannya dan mengeliat mengeliut berjalan di antara celahan tile di lantai toilet.. inilah yang menyebabkan mataku yg kelat-kelat waktu baru bangun dari tidur, terus menjadi cerah dan bulat. hehe.. bukannya takut, cuma geli jer. pastinya jugak curahan air paip akan menghantar mereka direct ke lubang air... special delivery.

menyingkap rahsia bulan ramadhan yang bakal menjelma lagi 15 hari (hari ni nisfu sya'ban).. kadang-kadang kepala ni terfikir jugak...aduish... pasti meletihkan, ya lah dengan keadaan yg banyak makan ni pun tak larat nak menghadap budak-budak cina ni...inikan pula dalam keadaan berlapar... tapi bila terdengar ceramah ustazah pagi tadi, katanya 'rahmat Allah' dalam bulan ramadhan hanya diketahui oleh Allah kerana ibadah ini dinilai olehNya, tiada siapa pun tahu kita jujur atau tidak semasa berpuasa. jadi sesungguhnya, Allah jua yang berhak menilai kita. dan kata ustazah, Allah menyuruh hambanya berpuasa kerana puasa itu akan menyihatkan tubuh. nah.. pastinya kita takkan berasa letih kan!

hmmm.. renung-renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Thursday, April 7, 2011

Thursday, March 31, 2011

payung lace pulak...

mana lah aku nak p cari payung lace ni... diorang kata kat jalan TAR, tu dia eh... jauh gila. takkan satu malaysia ni. kedai tu jer yang jual, hampeh betul! macam tak logik. tapi payung tu memang cantik giler. made in china, entah saper yg mula2 discover payung tu, tetiba je jadi kegilaan semua...
aku akan usahakan jugak sampai aku dapat. insya Allah, mudah2 Allah permudahkan.. aminn...
barang untuk disewa

Monday, March 28, 2011

tsunami Vs radiasi

assalamualaikum..
berita pagi ni menyatakan reaktor kedua di fukujima tidak lagi mampu dikawal oleh Jepun.
dgn paras air mengandungi 1500 kali ganda kesan radiasi yang melebihi paras bahaya dan kesan plutonium dari tanah berhampiran.
lagi pula kesan radiasi telah dapat dikesan dalam air hujan di amerika. perrgghh...
masih tak cukup manakutkan kita ka?
H1N1 juga semakin mengganas semula di Mexico. dan tsunami 6.5pada skala di jepun pagi tadi. apa nak jadi dgn bumi kita..
malaysia, kedah, jitrra dah keluar amaran banjir, lagi??? apalagi yg bakal terjadi??? tindakan kita kalau Allah takdirkan kiamat???
amalan aku?
tepuk dada, tanya iman...

Sunday, March 27, 2011

busy week...

as-salam..
ahad yg sibuk. semalam sekolah ku ada kejohanan merentas desa. yg syoknya baru pertengahan jalan, hujan turun dgn lebat. aku bertugas sebagai peronda dgn seorg guru tu. apa lagi basah lencun lah ktorang (ops! silap, aku jer yg basah lencun, partner aku tu sikit jer sebab dia ikut naik kereta member lain. tapi apapun, memang syoklah sebab lama tak main hujan. hehe... nikmat rasanya bila air hujan membasahi pipi. sejuk.. best jer...
hari ni pulak, pagi2 aku dah pergi JPN, nak amik borang lantikan pemangkuan GC aku, tiba2 pegawai yg bertugas utk sign borang aku tak mai pulak. hmm.. balik jer lah aku. byk kerja nak buat ni. pendaftaran SPM tak settle lagi. markah kelas pun aku tak dan update. habislah...
minggu ni pulak minggu sains, tadi aku dah handle kuiz sains, letih gak la.. tapi seronok bila byk2 kerja macam ni sebab we learn how to manage time. and no time to rest, menyebabkan kita kurang menjadi MALAS! betul tak? hehe.....

Wednesday, March 16, 2011

sotong celup tepung dan nasi goreng ala mamak

resepi suamiku petang tadi, tak sempat nak mengikutinya, tapi apa yg aku nampak, dia goreng dua kali. mula2 dgn tepung gandum, then angkat. lepas tu dia goreng semula dgn tepung jagung dan serbuk kari rasanya. rasanya..... peerrrggghh... marveoullous... salah ejaan pa...

aku punya menu lak, nasi goreng ala mamak. aku tengok mamak tu masak, punya lah sempoi, tapi sedap.

bawang shallot (merah yg kecik tu) - 4 biji -rincik jer
bawang putih ( seulas) - rincik jugak
tomato- setengah biji-potong kecik2

tiga benda ni, korang tumis sampai wangi.

pastu, masukkan ikan bilis, sayur sawi, dan cabai melaka potong kecik2. goreng sat...

pastu pecahkan telur sebiji, kacau lagi sampai berkelentang bunyi kuali. lagi kuat lagi sedap. hehe...

bila telur masak, masukkan nasi anggaran 2 cawan. kacau

masukkan kicap cair @ garam, chicken stock sikit, gula sikit. siap!
selamat mencuba.
sorrylah beb, gambar tak dan nak upload, kerja byk la ni...

selesai daftar calon spm

alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak aku mendaftar 3 kelas yang mengambil spm...malam ini. lebih kurang ada 95 calon. masih ada seorang yang setinggan kelas, tak tau nak masuk kelas mana. nama kelas lain, badan tuannya dok kelas lain. entahlah.. esok dah ada mesyuarat guru. siapa kata kerja cikgu mudah, cuti2 pun kena panggil untuk menghadiri meeting. mujur aku bukan GK, kalau tidak, alamat besok meeting sampai petang, silap2 tdo kat sekolah terus. ekekekeh...

Tuesday, March 15, 2011






Sunday, March 13, 2011

first job...


as-salam...
fuhh... semalam merupakan hari yang letih tapi fun! our first job, wedding photographer. thanks atas kepercayaan pengantin nazri & intan. maka terciptalah photo shoot yg 'terbaek'..
dgn berlatar belakang sawah padi, dan majlis potong kek yg cukup sederhana, penampilan mereka cukup menawan. ala-ala rossa dgn yusri KRU (kata pengantin lelaki). hehe...
ok, kalau korang tak caya, tengok sendiri, and enjoy..... sesiapa berminat, leh lah contact aku...

Tuesday, March 8, 2011

jurugambar murah tapi kualiti



nak kahwin dgn pakej photographer murah tapi berkualiti.....
hmm... suami aku ni sibuk pulak dgn bisnes kecil-kecilan dia. anyway, kepada sesiapa yang nak perkhidmatan jurugambar murah-murah ajer, maklumlah budget ciput, kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik. member punya pasal..
maka, u all bolehlah tinggalkan contact address ke number ke utk dicontact. aku sure bagi diskaun punyalah. takat rm 350 tu ok pa.. mana nak dapat dah la ni. ini pun sebab kitorang suka2 hobi jer buat kerja ni, tu yg boleh buat budget rendah tu...

demam oh demam...

alhamdulillah... selepas hampir 8 hari aku terlantar (not exactly baring jer tau...), akhirnya hari ni, tubuh badanku menunjukkan tanda-tanda untuk fully recovered. teruk jugak demam ku kali ini. rasanya ter'teruk' dalam sejarah hidup. siap makan kena suap lagi...
mungkin sekarang musim panas dan hujan tiba2 menyebabkan sistem pertahanan badan tak mampu menahannya. batuk, selesema dan sakit kepala (simptom demam biasa), ditambah pulak dgn kerisauan H1N1 yang mencari mangsa semula, menyebabkan psikologi untuk pulik semakin sukar. bayangkan semalam kat sekolah, punyalah sakit kepala, balik terus ke PMC (putra medical centre). tiba2 doktor kata, awak cuma stress!!!
Allahu akbar...bayangkan bagaimana akal meng'control' aku. sebenarnya aku tak sakit apa2. cuma akal yg tak mau pulih menyebabkan aku semakin sakit. sakit jiwa barangkali. last sekali, ubat yg diberi (ponstan dan norgenic-ubat sakit urat), tak aku makan. petua kawan2 dan pelajar dan tentulah suami tercinta yg aku buat. ya lah dah namanya musim panas (pokok rambutan depan rumah aku pun habis melepuh daunnya-kesan seolah2 terbakar). maka penawar demam ialah :

1. mandi (pastikan air turun dari kepala ke kaki) at least biar setengah jam...duduk jer bawah shower tu...
2. minum air minimum 2 liter sehari

alhamdulillah, dgn sokongan kuat dari suami dan anak2, aku rasa petua ni betul dan tepat. tapi... macammana nak kurangkan stress ya? or th perfect word is 'how to cope with stress???'
hmmm... kalau aku jumpa petuanya, nanti aku bagi tau ok! see u soon...

Thursday, February 24, 2011

ketam pedas bertelur


resepi hari ini

4 ekor ketam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
8 tangkai lada kering
air asam jawa
6 sudubesar sos cili
air
2 biji telur (pukul)
garam, gula

1. bersihkan ketam. blender bawang dan halia. tumis hingga wangi.
2. masukkan lada kering (kisar gak). dan air asam jawa. tumis hingga naik minyak.
3. masukkan air asam jawa dan ketam
4. masukkan sos cili dan tambah air hingga tenggelam paras ketam
5.tutup periuk
6. bila ketam masak, masukkan gula dan garam. kacau
7.masukkan telur. gaul.siap

Tuesday, February 22, 2011

diobserve dan mengobserve

alhamdulillah... baru selesai kena observe dgn guru kanan. ingatkan dia nak bagi markah cemerlang. ekekekekeh....(berangan lak)! tapi kalau tengok persediaan aku tadi pun tak ler sesempurna mana. cukup lah tu dapat baik jer....
lagipun kelas tingkatan 4 TM (teknologi maklumat) memanglah agak slow pencapaian pelajarnya,cuma suara depa yg sentiasa tinggi....tapi respon depa tadi memang baik. apa pun, lega sebab telah selesai dipantau. hehe...tak payah fikir teruk2. almaklumlah, GK pun, hari ni nak observe, hari ni baru cakap. lebih kurang sejam sebelum aku masuk kelas, mana tak terkejut badak nya aku ni...
aku rasa kesihatan aku agak kurang baik lah lately... perut aku selalu rasa pedih. takkan gastrik kot... berdasarkan simptom yg aku check kat internet ni nampaknya, alhamdulillah lagi.... satu pun tak kena. HARAP2 akan sihat walafiat selalu. amiin....

Wednesday, February 16, 2011

Monday, February 14, 2011

SIPU RETAK SERIBU


hmm.. maulud nabi ni takde sambutan pulak. maklumlak sekolah jenis kebangsaan cina. cuma di sekolah pasti anakku ada membuat perarakan. tapi kami tak pun ikut serta. last, last, ke market utk beli ikan.maka resipi hari ni, lala masak cabai dan siakap tiga rasa my version. haha...

RESEPI LALA(SIPUT RETAK SERIBU) MASAK CABAI
Lala 1kg
Lada hidup 4 batang
halia 1/2 inci
bawang besar 1biji
daun kunyit 2 helai
serai 2 batang
caranya: blender sahaja lada hidup dan bawang besar. panaskan minyak, tumis sekejap bhn blender tadi, then masuk serai, halia dan kemudian masukkan lala(telah direndam dgn air garam 10 minit). tutup kuali tu sat sampai semua lala ternganga. then taburkan daun kunyit yang dirincik halus, garam dan gula dan kacau buat seketika. then, siap....

selamat mencuba!


makanan pencegah kanser

pagi tadi sejurus selepas perhimpunan ada ceramah dari MAKNA (Majlis Kanser Nasional atau web nya http://www.makna.org.my). jadi menurut penceramah tu, antara makanan pencegah kanser ialah brokoli (elok dimakan mentah atau dibuat jus, aku pun tak pasti macammana rasanya), tomato dan tapai ubi... tak sangka pulak tapai ubi berkhasiat sampai boleh mengelakkan kanser.

dan antara makanan penyebab kanser ialah ayam (terdapat hormon tumbesaran dalam setiap ayam yg dijual di pasaran), ikan (peniaga meletakkan bahan kimia pengawet mayat bagi memastikan ikan kelihatan sentiasa segar) dan sayur (bahan kimia yg banyak digunakan sebagai racun perosak). hmm..nampaknya apa pun kita tak boleh makan lah! hehe... jadi, as a solution, kenalah beli ikan fresh dari pukat (macam kat tempat aku ni di kuala kedah, memang mudah dapat. maklumlah tempat ikan naik) dan sayuran pula, kena rendam dgn air garam more than 5 minutes. ayam pulak... kenalah beli dari HPA (promote pulak) sebab setahu aku, ayam HPA ni ayam organik yg tidak diberi sebarang suntikan dan diurus dgn cara halalan toyyiban dan ayam depa diperdengarkan dgn ayat Al-Quran (yang ini kata orang, aku pun tak tau kesahihannya).

Thursday, February 3, 2011

i'm not a SUPERWOMAN


Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah. Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan 71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami, anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Masa untuk diri dan Bersama Kawan

Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.
Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Oleh: Dr. Sabitha Marican
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my

Saturday, January 29, 2011

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak Soleh



Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! :) Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Wallahua’lam


dipetik dari AnakkuSoleh.com (thanks to ummu solihin)

GURU MELAYU DI SEKOLAH CINA


assalamualaikum dan salam sejahtera....
hampir setahun aku di mengajar di sekolah cina, sedangkan penempatan pertama ku di sekolah agama. terasa asing?? taklah.. padaku, biasa jer walau di mana kita berada.. bak kata orang 'masuk kandang kambing mengembek'...
tapi, p kot mana pun, mestilah ada sedikit perbezaan dgn pertadbiran. suka??ada yang pro dan cons..
profession keguruan tetap di kena jaga. 'apa yg kami janji, tunai tetap kami tunaikan', rasanya penulis lirik lagu ni, benar2 hebat. dapat ke pahala kalau mengajar budak cina?at least, aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru tanpa mengira agama dan bangsa. Rasullullah dulu pun masa berdakwah, tak kira agama pun kan?mengajar juga satu dakwah.jadi kenapa ada cikgu melayu yang 'tipikal' tak dapat menerima kenyataan ini??
keikhlasan mengajar ku rasanya lebih teruji bila berada di sekolah ni. ya lah, kata sesetengah rakan guru 'kenapa nak memandaikan anak cina', tapi pada aku, guru melayu yang mengajar dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas lebih dihormati oleh pelajar, lebih dari guru bangsa cina. ini aku dah buktikan... dan terus terang aku katakan yang 'i'm proud to be a teacher'.
istilah 'bangsa' tidak menjadi hal, sebenarnya sejauh mana kita faham dgn istilah sebenar seorang yang 'menjadi' guru bukannya 'terjadi' guru.