Thursday, February 3, 2011

i'm not a SUPERWOMAN


Benarkah wanita lebih stres?

Mengimbas semula data kementerian kesihatan pada tahun 1996, didapati wanita secara umumnya menghadapi stres mental 1.5 kali lebih tinggi berbanding dengan lelaki.. Mungkinkah wanita lebih stres dari lelaki?

Status kesihatan

Antara punca stres di kalangan pasangan ini kerana terpaksa berkejaran untuk mengimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab dirumah. Dapatan kajian dari 1000 orang wanita kerjaya, didapati 55% peratus dari mereka mengalami lebih dari satu bentuk masalah kesihatan.

Penyakit yang dihidapi adalah seperti kencing manis, sakit lutut, migrain, sengal sengal badan, insomnia, pening, sakit pinggang, kemurungan, sering selesema dan demam, rasa kebas pada bahagian badan tertentu dan darah tinggi. Selain dari itu seramai 40% mengatakan berat badan mereka telah meningkat disebabkan kecenderungan untuk makan bila stres dan penglihatan mereka semakin kabur (32%) disebabkan oleh penggunaan komputer.

Secara keseluruhan 10% sahaja wanita yang mengaku mereka sihat, dan 71% merasakan mereka agak sihat, 16% bersetuju mereka tidak berapa sihat dan 3% mengatakan mengatakan mereka langsung tidak sihat. Ini adalah satu tanda amaran yang memerlukan tindakan segera.

Menurut kajian yang dijalankan di Korea, wanita yang menanggung pelbagai jenis penyakit disebabkan oleh dwi kerjaya jika berterusan selama 10 tahun akan mengalami sindrom kemurungan yang digelar sebagai Whabyung. Apa yang membimbangkan ialah hampir 17% dari wanita dalam kajian ini mengatakan mereka telah mengalami kesemua penyakit ini lebih dari 7 tahun. Berkemungkinan ada wanita dari kajian ini mewakili sebahagian dari 400000 ribu yang mempunyai penyakit mental ini?

Konflik dalaman

Secara terperinci, wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami, anak, ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan di tempat kerja. Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.

Masa tidur

Seramai 34% dari wanita tersebut terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan. Malah ada yang bangun seawal lima pagi dan tidur lewat satu malam setiap hari. Mereka tidak terdaya menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.

Kerja Rumah

Lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian. Hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Kerja yang dilakukan oleh suami adalah dikategorikan sebagai kerja sampingan atau "bantuan bila perlu". Maka tidak menghairankan jika seramai 78% merasakan kelesuan mental apabila berada di tempat kerja. Sehubungan dengan itu juga, apabila menghadapi masalah dirumah maka besar kemungkinan stres ini akan dibawa bersama di tempat kerja. Apa yang berlaku ialah rakan rakan di tempat kerja juga akan merasakan bahang dari stres individu tersebut.

Masa untuk diri dan Bersama Kawan

Kajian turut mendapati 40 % wanita mengatakan mereka tidak ada masa untuk bersantai dengan kawan. Bukankah menonton drama terkini, malah mendengar berita pun sudah tidak kesempatan. Malah lebih 50% wanita mengatakan bahawa tidak ada masa untuk memanjakan diri dengan urutan, ke Spa ataupun pusat rawatan kecantikan. Sehinggakan ada wanita dalam kajian ini yang mengeluh kerana masa cuti minggu adalah paling stres bagi mereka. Cuti dua hari itulah mereka gunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju belum bergosok atau dibasuh, mencuci tandas dan membeli barang keperluan dapur. Menurut kajian juga masa santai untuk diri adalah penting untuk kesihatan mental seseorang diri. Apakah pengalaman seumpama ini boleh dikatakan sebagai satu deraan fizikal tetapi juga mental bagi wanita tersebut?

Malah 3% dari responden menjawab mereka mula sangsi dengan perubahan tingkah laku pada suami mereka yang tidak semesra dulu. Antara perubahan yang dimaksudkan ialah suami mereka kurang berkomunikasi, suami lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan, kurang ucapan kata kata mesra mahupun hadiah "kejutan" untuk hari jadi, hari ulang tahun berbanding dengan sebelum ini. Belaian mesra dan gurau senda juga amat kurang dalam hubungan harian mereka dan kecewa dari segi hubungan intim dengan suami mereka.

Sebuah lagi kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang professional juga mendapati di hampir 11% mengalami konflik nafkah batin di kalangan pasangan kerja yang sudah berkahwin. Masalah dalam perkahwinan seumpama ini boleh mengganggu emosi dan boleh memberi kesan ke atas kerja mereka.
Benarkah pekerja wanita adalah toksik di tempat kerja.

Oleh: Dr. Sabitha Marican
Dipetik dari: http://www.utusan.com.my

3 comments:

  1. Hmmm... beginilah nasib kaum wanita. agaknya sebab tu lah Siti Fatimah r.a pun mengadu kepada bapanya (Rasulullah SAW) tentang penatnya dan letihnya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ISTERI. so, para suami, DON'T ASPECT US TO BE PERFECT ALL THE TIME. Akal yg dikurniakan Tuhan tu, gunakanlah untuk berfikir. sometimes, you have to PUT YOURSELF IN MY SHOES...

    ReplyDelete
  2. salam nurul,
    well done. tahniah sebab dapat mengajar ke sekolah cina. walaupun berlainan budaya dan percakapan,kita sebenarnya lebih dihormati oleh palajar, mungkin org melayu ni penyabar dan masih menjaga percakapannya. apa pun, 'never say no' to pentadbir, mesti cuba dulu, sebab akak rasa susah nak peroleh 'kepercayaan' dari mereka. so, bersungguh-sungguh lah dalam melaksanakan apa pun, akak doakan nurul berjaya, k! always 'think positive'! good luck!

    ReplyDelete